Sabtu, 14 April 2012

Pertandingan Futsal BPI 2012


Kepada semua kaki-kaki bola Bahagian Pendidikan Islam, Sembang Kongkang FC dengan kerjasama Biro Sukan dan Rekreasi BPI akan menganjurkan satu Pertandingan Futsal BPI 2012 terbuka kepada warga BPI dan bekas warga BPI (lelaki sahaja ekk,yang pempuan tunggu pertandingan congkak nanti). Tujuan pertandingan ini adalah mengeratkan lagi hubungan antara warga BPI yang baru dengan yang lama disamping dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara bekas2 BPI yang lain.

Pertandingan dijalankan pada tarikh,masa dan tempat seperti banner kat atas. Kepada yang berminat, boleh terus daftar nama kat saya, Mohd Aminuddin 03-83217225(waktu pejabat sbb waktu cuti adalah waktu  saya berjimba)

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1. PERATURAN PEMAIN

1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga BPI dan bekas warga BPI yang pernah berkhidmat di   BPI.
1.2. Setiap pemain yang telah mendaftar akan dibahagikan mengikut 4 pasukan yang telah ditetapkan oleh penganjur dimana setiap pemain akan melalui proses undian untuk menentukan kedudukan pemain tersebut dipasukan mana.
1.3. Setiap pasukan akan mengandungi 5 atau 6 pemain. Bergantung kepada penyertaan.
1.4. Keputusan undian adalah muktamat. Tiada sebarang pertukaran pasukan selepas undian. Pertukaran hanya boleh dibuat jika mendapat persetujuan 2/3 pemain-pemain lain.

Setelah dinilai, saya telah pilih 4 pasukan EPL iaitu Newcastle United, Sunderland, Bolton Wanderers dan Everton. Jauh dari pasukan-pasukan EPL lain yang menjadi kegilaan budak-budak sembang kongkang sehingga boleh mencetuskan pertelagahan.
 

1.5. Pakaian ketika pertandingan :

1.5.1. Jika pemain diundi mewakili pasukan Newcastle United pemain tersebut hendaklah memakai baju HITAM
1.5.2. Jika pemain diundi mewakili pasukan Sunderland, pemain tersebut hendaklah memakai baju warna MERAH
1.5.3 Jika pemain diundi mewakili pasukan Bolton Wanderers, pemain tersebut hendaklah memakai baju warna PUTIH
1.5.4 Jika pemain diundi mewakili pasukan Everton, pemain tersebut hendaklah memakai baju warna BIRU

2.PERATURAN PERTANDINGAN

2.1. Peraturan pertandingan adalah mengikut peraturan yang telah diketahui umum.
2.2. Masa pertandingan adalah 6-1-6
2.3.Tiada had penukaran pemain. Pemain yang dah keluar boleh masuk kembali untuk bermain.
2.4. Untuk pusingan kalah mati jika tamat perlawanan berkesudahan seri, 3 sepakan penalti(best of 3) akan diambil oleh setiap pasukan bagi menentukan pemenang.
2.5. Pusingan pertama pertandingan diadakan secara liga satu pusingan (Round Robin) dimana;

Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata
Pasukan yang seri akan mendapat 1 mata
Pasukan yang kalah akan mendapat 0 mata

Kedudukan Liga


JADUAL PERLAWANAN

Perlawanan 1 : 
Newcastle United vs Bolton Wanderers
Perlawanan 2 :
 Sunderland vs Everton
Perlawanan 3 :
 Bolton Wanderers vs Sunderland
Perlawanan 4:
 Everton vs Newcastle United
Perlawanan 5:
Bolton Wanderers vs Everton
Perlawanan 6:
Newcastle United vs Sunderland

2.6. Pasukan yang mendapat pungutan mata terbanyak akan menduduki tempat pertama liga, yang kedua banyak akan menduduki tempat kedua dan seterusnya.
2.7. Jika pungutan mata adalah sama, kiraan jaringan gol terbanyak akan diambil kira. Jika masih sama juga, jumlah bolos tersikit akan diambil kira. Jika sama juga, 3 sepakan penalti akan dijalankan.
2.8. Pusingan ke-2 pertandingan akan dijalankan secara kalah mati, dimana ;

SEPARUH AKHIR

Perlawanan 7
JUARA KUMPULAN vs KE-3 KUMPULAN
Perlawanan 8
NAIB JUARA KUMPULAN vs KE-4 KUMPULAN

TEMPAT KE-3/4
Kalah Perlawanan 1 vs Kalah Perlawanan 2

AKHIR
Menang Perlawanan 1 vs Menang Perlawanan 2


3.PENGADIL

3.1 Disebabkan kita tidak mempunyai peruntukan untuk mengambil pengadil, maka setiap pasukan akan melantik 2 orang untuk mengadili satu-satu perlawanan. Seorang akan bertindak sebagai pengadil dan seorang lagi akan bertindak sebagai penjaga garisan.
3.2 Setiap pengadil harus mengetahui asas peraturan dalam permainan futsal. 
3.3 Keputusan pengadil adalah muktamat.

JADUAL PERLAWANAN

Perlawanan 1 : 
Newcastle United vs Bolton Wanderers
 pengadil : Sunderland

Perlawanan 2 :
 Sunderland vs Everton
Pengadil : Newcastle United

Perlawanan 3 :
 Bolton Wanderers vs Sunderland
Pengadil : Everton

Perlawanan 4:
 Everton vs Newcastle United
Pengadil : Bolton Wanderers

Perlawanan 5:
Bolton Wanderers vs Everton
Pengadil : Sunderland
Perlawanan 6:
Newcastle United vs Sunderland
Pengadil : Everton

SEPARUH AKHIR

Perlawanan 7
JUARA KUMPULAN vs KE-3 KUMPULAN
Pengadil : Ditentukan selepas tamat Pusingan Pertama

Perlawanan 8
NAIB JUARA KUMPULAN vs KE-4 KUMPULAN
Pengadil : Ditentukan selepas tamat Pusingan Pertama

TEMPAT KE-3/4
Kalah Perlawanan 1 vs Kalah Perlawanan 2
Pengadil : Ditentukan selepas tamat Pusingan Pertama

AKHIR
Menang Perlawanan 1 vs Menang Perlawanan 2
Pengadil : Ditentukan selepas tamat Pusingan Pertama

4. ANUGERAH

4.1. Selain dari hadiah sedia ada. Penganjur akan memberikan 2 Anugerah kepada ;

KASUT EMAS (PENJARING TERBANYAK)
PENJAGA GOL TERBAIK

4.2 Kriteria Kasut Emas

4.2.1. Pemenang kasut emas dipilih melalui pemain yang berjaya menjaringkan gol terbanyak dalam kejohanan ini. 
4.2.2. Semua pemain termasuk penjaga gol layak merebut Anugerah Kasut Emas
4.2.3. Dalam perebutan anugerah ini, jika ada pemain yang berjaya menjaringkan jumlah jaringan yang sama,
 pemenang akan ditentukan melalui ;

Jumlah jaringan pasukan pemain tersebut; jika sama
Jumlah bolos pasukan pemain tersebut; jika sama
Sepak Penalti Suddent Death

4.3 Kriteria Penjaga Gol Terbaik

4.3.1. Pemenang Penjaga Gol Terbaik dipilih melalui penjaga gol yang bolos paling kurang dalam kejohanan ini.
4.3.2. Syarat untuk merebut anugerah ini, pemain harus bermain KESEMUA perlawanan sebagai penjaga gol bagi melayakkan diri untuk merebut anugerah ini.
4.3.3. Kesemua pemain layak untuk menjadi penjaga gol, namun hanya 2 ORANG sahaja dibenarkan bermain sebagai penjaga gol dalam satu-satu perlawanan(penjaga gol yang sedang bermain boleh bertukar dgn simpanan ATAU betukar dengan pemain yang lain yang berada diatas padang)
4.3.4. Jika menggunakan 2 orang penjaga gol, setiap penjaga gol akan dikira bermain 1 perlawanan. Setiap bolos akan dikira melalui individu.
4.3.5. Keputusan penganjur adalah muktamat. Kita bukan nak mengejar kemenangan dan kejuaraan,  Tapi yang penting ikatan silaturahim dapat kita rapatkan. Boleh kenal dengan budak2 baru, bleh jumpa balik kawan2 lama. Sementara budak2 PRE,PSH dan Praktikal ni masih ada kita rapat-rapatkan lah ukhuwah...kalau tak paham ape2 bleh tanya saya time waktu keje sbb time cuti aku berjimba...sekian terima kasih






-MY GAME IS FAIR PLAY-


 

7 ulasan:

  1. Nunud XOXOApril 14, 2012

    ko soh haku tggu ko hapdet belog sbb entri futsal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    arghhhhhhhhhhhhhhhhh............
    memey ko akan haku pukullllllllllll
    dush dush dush

    TENSEN NEEEEEEEEEEEEEE

    BalasPadam
  2. haku nk jadi refereeeeee

    BalasPadam
  3. haku nk kelab QPR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

    BalasPadam
  4. Nunud XOXOApril 15, 2012

    magi mentarang sila tubuhkan pasukan futsal wanita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baiklah...haku suh kak bet jadik keper

      Padam