Jumaat, 13 April 2012

Malam Pertama.....

Bicara Wahyu :
MALAM PERTAMA DIALAM BARZAKH...BAHAGIAKAH AKU???

 Penceramah : Ustaz Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim
Pensyarah FPI UKM
Mentor Imam Muda Astro Oasis
Panel Halaqah TV9

Ceramah bicara wahyu siang tadi masih lagi menyaksikan hampir 90% audien adalah dikalangan wanita....Mana tah kaum lelaki??

"INGAT MATI"

Kematian merupakan persinggahan pertama manusia di alam akhirat. Imam al-Qurthubi berkata dalam al-Tadzkirah

“Kematian ialah terputusnya hubungan antara roh dengan badan, berpisahnya kaitan antara keduanya dan berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain.”

Yang dimaksudkan dengan kematian dalam perbahasan ini adalah al-maut al-kubra, sedangkan al maut as shugra sebagaimana dimaksudkan oleh para ulama, ialah tidur. Allah S.W.T. berfirman :

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang)  jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia menahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.

Faktor-Faktor yang dapat mendorong kita untuk mengingati tentang kematian :

1.       Menziarahi tanah perkuburan
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Ziarahilah kubur, sesungguhnya itu akan mengingatkan kamu pada akhirat.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)
2.       Menziarahi jenazah ketika dimandikan dan melihat proses pemandiannya
3.       Mengiringi jenazah ke kawasan perkuburan
4.       Turut serta dalam solat jenazah
5.       Membaca Al-Quran, terutamanya ayat-ayat yang mengingatkan kita kepada kematian dan sakaratul maut dengan sebenar-benarnya.
6.       Merenugkan rambut uban dan penyakit yang dideritai oleh seseorang, kerana keduanya merupakan petanda yang dibawakan oleh malaikat maut kepada seorang hamba.
7.       Merenung tanda-tanda peringatan yang telah disebutkan oleh Allah S.W.T. Contohnya gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tanah runtuh, tsunami dan sebagainya.
8.       Mengambil iktibar daripada kisah-kisah kaum terdahulu ketika menghadapi kematian dan juga kaum yang ditimpa dengan bala bencana akibat daripada kekufuran mereka.

Hikmat Mengingati Kematian

1.       Memotivasikan diri seseorang individu untuk mempersiapkan diri sebelum terjadinya saat kematian.
2.       Mencegah diri daripada kuat berangan-angan, kerana panjang angan-angan merupakan punca utama kelalaian.
3.       Melahirkan sikap zuhud terhadap dunia, dan redha dengan kemewahan dunia yang telah diraih walaupun sedikit.
4.       Berperanan sebagai motivasi untuk berbuat ketaatan
5.       Mencegah diri daripada berlebih-lebihan dan melampaui batas dalam menikmati kelazatan dunia
6.       Memotivasikan diri seseorang individu untuk segera bertaubat dan memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan dalam kehidupan seharian
7.       Mengekang kehendak dan keinginan yang berlandaskan hawa nafsu.
8.       Menjadikan diri lebih tawaduk dan menjauhkan diri daripada sikap sombong dan zalim
9.       Memotivasikan diri untuk saling bermaafan antara sesame manusia.

Sumber : Pengurusan Dakwah & Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, KPM




-INGAT MATI INGAT SAKIT INGAT SAAT KAU SULIT-



3 ulasan: